EKONOMI: BARISAN NASIONAL TIDAK HORMAT 1 SEN DALAM EKONOMI? MEREKA BUNUH 1 SEN DALAM EKONOMI DAN APAKAH KESAN-KESANNYA?

EKONOMI: BARISAN NASIONAL TIDAK HORMAT 1 SEN DALAM EKONOMI? MEREKA BUNUH 1 SEN DALAM EKONOMI DAN APAKAH KESAN-KESANNYA?

Pertama kalinya dengan perasmian blog STAR Youth ini,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada STAR Youth Officer yang telah dilantik pada 18/04/2010 untuk tempoh masa 2010/2011.

Dengan perlantikan Pemuda STAR ini semoga dapat meneruskan dan membantu veteran STAR untuk meneruskan perjuangan untuk menjadikan masa depan rakyat Malaysian dan Sarawak menjadi lebih baik dan cerah.

Slogan untuk Pemuda STAR adalah “towards bangsa Malaysia”.

Slogan ini membawa seribu makna erti. Ianya bermaksud ke arah memberikan masa depan yang lebih baik dan cerah kepada bangsa Malaysia tanpa mengira kaum – seperti Dayak, Melayu, Cina, India, Melanau, Orang Asli- semua adalah satu kerana kita adalah BANGSA MALAYSIA.


Kuasa satu sen yang mampu menyelamatkan ekonomi dan menyelamatkan penderitaan rakyat malaysia


BARISAN NASIONAL TIDAK HORMAT 1 SEN DALAM EKONOMI? MEREKA BUNUH 1 SEN DALAM EKONOMI DAN APAKAH KESAN-KESANNYA?

Kelantan lagi kaya daripada Sarawak?

Dapat dibuktikan daripada petikan dibawah:-
“Menurut Nassuruddin Daud (Pas-Meranti) berdasarkan statistik kemiskinan tegar negara yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 3 September 2007 baru-baru ini, menunjukkan Kelantan berada di tempat keenam iaitu seramai 3600 rakyatnya dikategorikan sebagai miskin tegar.”
“Kadar miskin tegar tertinggi adalah negeri Sabah iaitu seramai 32,400 orang, kemudian diikuti negeri Terengganu (8,300), Perak (5700), Sarawak (5200), Kedah (5000) dan Kelantan (3600),” jelas beliau semasa mengambil bahagian dalam perbahasan bejet 2008 yang bertemakan Belanjawan Rakyat.”
(http://alrijal76.multiply.com/journal/item/55/Kerajaan_yang_diperintah_oleh_UMNO_lagi_miskin_dari_Kelantan_-_Adun_Meranti)

Daripada statistik di atas, dapat dilihatkan Kelantan berada dalam tempat keenam yang rakyatnya diketegorikan sebagai miskin tegar. Manakala Sarawak pula berada dalam tempat keempat. Daripada sini dapat membuktikan bahawa Sarawak lagi miskin daripada Kelantan.
Kelantan telah diperintah oleh PAS selama lebih 20 tahun dan ini merupakan rekod pemerintahan yang tidak dapat dipecah oleh Barisan Nasional di Kelantan. Sarawak pula diperintah oleh Barisan Nasional semenjak kemerdekaan lagi iaitu sejak 16 September 1963 (47 tahun pemerintahan). Apa yang kita dapat disepanjang pemerintahan Barisan Nasional?


Ekonomi:

1 Sen dibunuh?
Kerajaan Barisan Nasional telah bunuh 1 sen dalam ekonomi. Tahukah anda berapa nilai 1 sen dalam ekonomi.? 1 sen dalam ekonomi merangkumi 10% dalam duit 10 sen. Dengan satu sen ini mampu untuk menberikan inflasi kepada Negara kita. 1 sen ini dibunuh dengan alasannya untuk memudahkan melakukan urus niaga. Adakah ianya menguntungkan peniaga mahupun kerajaan? Barisan Nasional tidak hormat 1 sen dalam ekonomi. Bayangkan harga barangan yang nilainya RM 1.23 sen dan duit 1 sen telah dimansuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Penjual akan menjual barangan mereka daripada RM1.25 dan bukannya RM1.20 untuk memaksimakan keuntungan. Cuba bayangkan nilai 2 sen daripada barangan ini? Seandainya 1 juta rakyat Malaysia membeli barangan atau menggunkan perkhidmatan ini maka RM 20000 juta akan diperolehi. Betapa bernilainya duit 1 sen sehinggakan 2 sen boleh menjadi RM20000. Sekiranya duit 1 sen dihidupkan balik maka ianya boleh membantu golongan miskin dan meningkatkan ekonomi dalam Negara.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Begitu juga dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jika diberi senario ini yang ibu bapa yang memiliki cahaya mata yang kecil (bayi). Barang-barang yang mereka beli untuk bayi ini seperti susu tepung, lampin, pampers, pakaian sebanyak 4% akan tertera pada bil. Oleh yang berkenaan bermaksud bayi ini yang belum bekerja pun terpaksa menikmati cukai-cukai ini walaupun yang membayar adalah ibu bapa mereka. Persoalan adakah betul cukai-cukai ini digunakan untuk membantu rakyat ataupun untuk menjelaskan hutang Barisan Nasional yang semakin melambung. Bagaimana pula dengan rakyat yang miskin? Mampukah mereka menampung perbelanjaan anak-anak dengan kenaikan perlaksanaan cukai GST ini.


Pembatalan subsidi ke atas Barangan pengguna

Begitu juga dengan pembatalan subsidi ke atas barangan terkawal atau barangan penguna. Harga gula kian meningkat daripada RM1.45 (sekilo) kepada RM1.65 (sekilo). Dengan pembatalan atau pengurangan subsidi ini akan membawa kepada peningkatan barangan yang lain terutamanya dalam sektor makanan. Barangan penguna seperti beras, minyak masak, air dan elektrik juga bakal naik tidak lama lagi. Gula merupakan barang mesti. Setiap isi keluarga akan membeli gula. Alasan kerajaan Barisan Nasional ini kenaikan harga gula untuk mengurangkan kencing manis dan untuk membantu ekonomi Negara adalah tidak berasas. Cuba anda bayangkan 15 juta penduduk Malaysia membeli gula. Daripada 20 sen pembatalan subsidi gula itu maka kerajaan akan mengalami keuntungan 3 juta daripada pengurangan subsidi itu. Adakah betul daripada pengurangan subsidi ini digunakan untuk tujuan pembangunan? Atau untuk menjelaskan hutang kerajaan Barisan Nasional. Hakikatnya kalau dilihatkan konsep di Sarawak, 30 % digunakan betul-betul untuk tujuan pembangunan dan 70% hilang entah ke mana. Sampai sekarang tiada penjelasan yang kerajaan Barisan berikan untuk rakyat dan mereka senyap saja. Begitu juga subsidi petrol. Kian meningkat.
Dengan peningkatan harga gula, maka harga barangan atau perkhidmatan yang mempunyai hubung kait dengan gula pula akan naik. Kalau dilihatkan di kedai-kedai dulu, harga secawan kopi kecil adalah RM0.60. dan sekarang pula adalah RM1. Mi kolok pula pada seketika dulu adalah RM1.50 dan kini adalah RM 2.50-2.80. Andainya sebuah keluarga mempunyai 4 orang ahli, maka mereka akan membelanjakan RM12.00 untuk empat cawan kopi kecil dan 4 mangkuk mi kolok. Sekiranya harga gula membekalkan subsidi kepada penguna seperti sebelum ini dan keadaan kembali seperti sedia kala maka keluarga tersebut cuma perlu membayar RM7.80 untuk makanan dan minuman berkenaan maka mereka mampu berjimat RM 4.20 sen. Dengan ini ramai lagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk makan dan minum di kedai-kedai kopi ataupun warung. Dengan ini akan memberikan masa depan lebih baik untuk bangsa Malaysia.
Hutang kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM362.5 bilion? Hutang-hutang ini terpaksa dipikul oleh Rakyat Malaysia yang tidak tahu menahu mengenai hal ini. Bagaimanakah dengan golongan miskin dan anak-anak kecil yang baru belajar bejalan yang tidak bekerja? Mereka juga menjadi mangsa untuk memikul hutang-hutang ini.

Inflasi ini membuatkan bangsa Malaysia menangis.
1 Sen dibunuh membuatkan bangsa Malaysia menangis.
Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membuatkan bangsa Malaysia menangis.
Pembatalan subsidi ke atas Barangan pengguna membuatkan bangsa Malaysia menangis.
Hentikan membuat bangsa Malaysia menangis wahai kerajaan Barisan Nasional.

Selamatkan Malaysia kita!

Pertama kalinya dengan perasmian blog STAR Youth ini,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada STAR Youth Officer yang telah dilantik pada 18/04/2010 untuk tempoh masa 2010/2011.

Dengan perlantikan Pemuda STAR ini semoga dapat meneruskan dan membantu veteran STAR untuk meneruskan perjuangan untuk menjadikan masa depan rakyat Malaysian dan Sarawak menjadi lebih baik dan cerah.

Slogan untuk Pemuda STAR adalah “towards bangsa Malaysia”.

Slogan ini membawa seribu makna erti. Ianya bermaksud ke arah memberikan masa depan yang lebih baik dan cerah kepada bangsa Malaysia tanpa mengira kaum – seperti Dayak, Melayu, Cina, India, Melanau, Orang Asli- semua adalah satu kerana kita adalah BANGSA MALAYSIA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s